Happy Moments
Hi blog ^_^ , hari ini cik Teddy penat sangat2 sebab cik Teddy pergi sekolah dari jam 6.00 pagi (perjalanan ke sekolah) hingga 3.20 petang . siapa tak penat kan ? kerja sekolah pun berlambak . itu larr lumrah seorang students macam cik Teddy ni . okay , berbalik pada tajuk di atas . hmp , sebenarnya dekat sekolah tadi Panatia Geografi ada menganjurkan beberapa pertandingan sempena minggu Geografi (tak silap cik Teddy larr) cik Teddy dengan beberapa orang rakan yang lain telah mengikuti pertandingan
MERENTAS BENUA & team cik Teddy telah menjuarai nya . . tak sangka sangat2 , yang penting cik Teddy berterima kasih dengan partner cik Teddy
Diana . kalau tiada
Diana mungkin cik Teddy tak dapat cari benua tu . kerjasama kami berdua sangat baik walaupun kedua - dua nya 'gila2 sikit . hehehe ^_^ cik Teddy nak ucapkan tahniah juga kepada rakan cik Teddy ,
Samriady &
Suliza kerana mendapat tempat ketiga . walaupun korang tak dapat tempat pertama tapi kita orang bangga juga sebab korang dah mengharumkan nama kelas 4.3
buat rakan cik Teddy yang tak berjaya tu ,
Sugiyanto &
Azhar jangan putus asa , okay ? kalah menang adat bertanding . yang penting esok masing2 kita buktikan lagi . okay ? cik Teddy harap esok group
EXPLORACE cik Teddy (Samriady , Diana & cik Teddy yang cute) & group Sugiyanto & geng2 nya akan menang . doakan kita orang ya , guys ? okay larr , cik Teddy stop at here . cik Teddy nak rehat & nak melayan drama kegemaran cik Teddy
NADA CINTA ;) ~hope u Guys enjoy ;)
